Tentang KRU500
KRU 500- KOMUNITI RUJUKAN UMRAH
Berkolabrasi dengan Syarikat Manaseek Travel sebagai syarikat kerjasama yang sebuah platform penyediaan latihan khususnya dalam bidang Haji & Umrah yang telah bertapak sejak tahun 2011 dalam menyediakan latihan bermodul lengkap ibadah Haji dan Umrah kepada Mutawwif di seluruh pelusuk Malaysia.
Pihak AMTC menyediakan latihan yang mempunyai perincian mengikut skop tertentu seperti : Asas Mutawwif, Pengurusan Haji & Umrah, Pengurusan Usahawan & Kerjaya, Motivasi Umrah & Haji, Kefahaman teori & amali perlaksanaaan Haji & Umrah. Slot latihan yang disediakan pihak AMTC akan dikelolai oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang Haji & Umrah. Perlaksanaan modul pembelajaran yang digunakan adalah sistematik dan mengikut panduan semasa dalam industri Haji & Umrah bagi memastikan pengisian yang diperolehi oleh peserta seiring dengan pengetahuan yang diselaraskan mengikut keperluan industri Haji & Umrah.
Visi
Menjadi komuniti rujukan utama bagi umat Islam yang ingin memahami, merancang, dan menunaikan ibadah Umrah dengan penuh keyakinan, ilmu, dan keberkatan.
Misi
1. Memberi panduan, ilmu, dan sokongan praktikal untuk setiap langkah perjalanan Umrah.
2. Menggerakkan umat Islam untuk mengambil tindakan, dari niat hingga ke Tanah Suci, dengan bimbingan yang jelas.
3. Mewujudkan ruang perkongsian dan memberi inspirasi bagi ahli komuniti dan jemaah Umrah.
Objektif Komuniti
1. Menjadi rujukan terpercaya untuk maklumat dan pengalaman Umrah.
2. Menghidupkan semangat dakwah melalui pengalaman ibadah dan ilmu Umrah.
3. Membantu ahli merancang perjalanan mereka ke Tanah Suci dengan berkesan dan memberi impak positif kepada lebih ramai umat Islam.
Harapan
Kami berharap setiap ahli KRU500 bukan sahaja mampu menunaikan Umrah dengan mudah dan berilmu, tetapi juga menjadi penggerak kebaikan yang membantu orang lain menjejak Tanah Suci. Dengan itu, komuniti ini bukan sekadar tempat belajar, tetapi ruang untuk menyalurkan seruan dan manfaat kepada seluruh umat Islam.
Follow kami di Facebook







